Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 3)

9 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus MAHIR FOTO pada minggu ini ialah minggu ketiga. Sebelum memulakan kelas cikgu mengadakan kuiz. Seterusnya cikgu menerangkan “Apa itu Mobilegrafi”. Mobilegrafi ialah seni mengambil gambar dengan telefon pintar. Ia juga dikenali sebagai phoneography. Dengan bantuan ‘advanced features’ dalam telefon pintar, semua orang kini boleh mengambil gambar yang bagus tidak kira tempat dan masa, mengedit gambar dan seterusnya memuat naiknya di media sosial. Jadi mobilegrafi ialah aktiviti mengambil gambar menggunakan telefon pintar sebagai kamera utama. Mempunyai pelbagai kelebihan seperti mudah dan fleksible, jimat kos, aplikasi suntigan dan AI dan teknologi pintar.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali